26 April 2009

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Oleh ROHIDZIR RAIS www.al-zuhaily.blogspot.com

Molekul Air Zam-Zam


Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah:

Pada 10/10/02 Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.

Diantaranya :

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.

Ustaz kemudian bercerita bahawa ia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).

Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).

Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Adayang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan.

Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini”.

Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”.

Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.

“Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini” Jawab Pensyarah. Profesor berkata “Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam.”

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air.

Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau…. Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik…maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.

Subhanallah….. daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : “Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”.

24 April 2009

Wajah-wajah Syuhada Gaza









Nyawa kurniaan Allah hanya satu, bukan dua atau lebih. Kematian yang paling baik ialah Syahid di Jalan Allah. Kerja yang paling baik ialah bekerja dan berjihad di Jalan Dakwah. Kepuasan dan kejayaan hakiki seseorang ialah apabila dia berjaya bekerja dan mati sebaiknya. Sesiapa yang menyangka bahawa perjuangan menegakkan dan memantapkan Daulah bagi Islam melalui jalan selain yang ditunjukkan Rasulullah saw dalam Seerah dan Hadisnya, selain cara yang disebut Allah dalam KitabNya maka samada dia tidak akan berjaya mencapainya atau dia berjaya menduduki singgahsana bukan di atas erti Daulah yang dimaksudkan. Dalam kedua-dua hal, dia tersasar.



Hakikatnya, Jihad adalah satu amal yang difardhukan Allah dan RasulNya hingga ke Hari Kiamat. FirmanNya bermaksud, “Diwajibkan kamu berperang, sedang kamu tidak menyukainya. Mungkin kamu tidak suka sesuatu sedang ia baik untuk kamu. Mungkin kamu suka sesuatu sedang ia buruk untuk kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Quran). Jihad inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya bermaksud, “Sesiapa yang mati, sedang dia tidak pernah berperang atau dia tidak pernah berniat untuk berperang, dia mati dengan kematian jahiliyah” (Hadis Sahih).



Tidakkah cukup peperangan demi peperangan yang dipimpin sendiri oleh Rasulullah saw dan para Sahabat ra dihayat Baginda saw menggambarkan perihal kepentingan Jihad dan kemuliaan Syahid? Tidakkah cukup sejarah manusia yang dipenuhi peperangan dan kezaliman menuntut umat Islam bersedia dengan kekuatan apa sahaja yang mereka sanggupi demi kedaulatan Agama yang benar lagi tercinta ini? Tidakkah cukup penjajahan Timur dan Barat ke atas Kashmir, Palestin, Gaza dll membuka mata dan memberi pengajaran?



Allah mewajibkan Jihad ke atas tiap muslim, tiada alasan untuk mengelak darinya. Allah swt menjanjikan ganjaran yang sangat besar kepada para Mujahideen dan Syuhadak, tidak akan memperolehi ganjaran tersebut selain mereka. Tidak akan mencapai derajat mereka selain orang-orang yang melalui jalan mereka. Allah swt menjadikan darah-darah mereka yang suci sebagai deposit pembayaran harga kemenangan Islam di dunia dan kejayaan abadi di Akhirat. Allah swt mengancam keras mereka yang tidak keluar berjihad, lepak, pengecut, menjanjikan mereka kehinaan di dunia dan azab di Akhirat yang tidak dapat ditebus walau dengan emas segunung Uhud dan menjadikan lari dari medan (al-firar) pertempuran termasuk 7 dosa besar yang membinasakan.



Dari beberapa hadis dibawah, lihatlah betapa hebat penerangan mengenainya, kuatnya ruh yang dibangkitkannya untuk mereka yang benar dan jujur dalam hidup yang sementara ini.

Dari Abi Hurairah ra mendengar Nabi saw bersabda maksudnya, “Demi Tuhan yang nyawaku ditanganNya, kalaulah tidak ada mereka yang sedih kerana tak dapat bersamaku dalam Jihad, aku tak dapat memberi kelengkapan perang kepada mereka, nescaya aku tidak akan ketinggalan menganggotai sariya (kumpulan perang) berperang di jalan Allah. Demi Tuhan yang nyawaku ditanganNya, aku sungguh ingin dibunuh dijalan Allah, kemudian aku dihidupkan, kemudian aku dibunuh, kemudian aku dihidupkan, kemudian aku dibunuh, kemudian dihidupkan, kemudian dibunuh” (Hadis Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Maksud hadis diatas, adakalanya Nabi saw tidak keluar berperang, bukan kerana takut, tetapi kerana menra’ikan sebahagian Sahabat ra yang tinggal di Madinah, tak dapat sertai perang tersebut kerana terlalu miskin, tiada kelengkapan dan ada ketahap Daulah sendiri telah kehabisan kelengkapan untuk mereka keluar berjihad. Hakikatnya Nabi saw dan para Sahabat tersebut sangat ingin berjihad dan mendapat syahid.



Dari Ummu Harithah binti Suraqah ra, dia mendatangi Rasulullah saw untuk bertanya tentang anaknya yang syahid di Badar akibat panah sesat, jika Haritah di Syurga, dia akan bersabar. Jika sebaliknya, dia akan bersungguh menangis. Jawab Rasulullah saw bermaksud, “Wahai Ummu Harithah, sesungguhnya balasan baginya ialah taman-taman di Syurga. Sesungguhnya anakmu mendapat Firdaus yang tertinggi” (Hadis riwayat Al-Bukhari).

Dari Abdullah bin Abi Awfa ra bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Ketahuilah kamu bahawa Syurga itu dibawah naungan pedang-pedang” (Hadis riwayat Abu Daud).

Sabda Baginda saw bermaksud, “Seorang yang berjihad di Jalan Allah seperti seorang yang berpuasa, bersolat yang khusyuk dengan bacaan Al-Quran dalam solatnya, tidak putus puasa dan solatnya sehingga orang yang berjihad tadi pulang dari jihadnya” (Hadis riwayat Abu Daud).

Ummu Khallad bertanya Rasulullah saw tentang anaknya yang syahid di Jalan Allah. Sabda Baginda saw bermaksud, “Bagi anakmu pahala 2 orang syahid .. kerana dia dibunuh oleh Ahlul Kitab” (Hadis riwayat Abu Daud).

Seorang sahabat lalu di satu lembah permai lagi dibelahi mataair yang sedap airnya. Dia berkata, “Apa kata aku mengasingkan diri dari manusia dan aku tinggal di lembah ini”. Berita ini sampai kepada Rasulullah saw lalu bersabda bermaksud, “Jangan buat seperti itu. Sesungguhnya berada kamu di Jihad di Jalan Allah lebih afdhal dari solat di rumahnya selama 70 tahun. Tidakkah kamu suka Allah mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga? (Oleh itu) berperanglah kamu di Jalan Allah. Sesiapa yang berperang dijalan Allah di atas untanya, wajib dia mendapat Syurga” (Hadis riwayat At-Tirmizi).



Dari Al-Miqdam bin Ma’ad Yakram berkata, sabda Rasulullah saw bermaksud, “Bagi seorang syahid di sisi Allah mendapat 6 kelebihan, (i) diampun dosa-dosanya sebaik ditikam, (ii) diperlihatkan tempatnya di Syurga, (iii) diselamatkan dari azab kubur, (iv) diamankan dari Goncangan Besar, (v) dipakaikan tengkolok dari permata yang lebih hebat dari seisi dunia dengan dikahwinkan dengan 72 isteri dari Hurul Ain (bidadari Syurga), (vi) disyafaatkan 70 orang dari kaum kerabatnya” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah).

“Sesungguhnya umat yang tahu cara mati yang terbaik, yang tahu bagaimana untuk mati dengan kematian yang mulia, akan dikurniakan Allah kehidupan yang agung di dunia dan nikmat yang kekal di Akhirat. Tidaklah mendung yang meliputi kita hari ini melainkan kerana cinta dunia dan takutkan mati. Persiapkanlah diri kamu untuk suatu tugas yang besar. Bersungguh melengkapkan diri untuk mati, nescaya Allah mengurniakan kamu kehidupan. Ketahuilah bahawa mati itu pasti. Ia pula hanya sekali. Jika kamu jadikan mati itu di Jalan Allah, maka untukmu keuntungan di dunia dan pahala di Akhirat. Tidak akan menimpa kamu melainkan apa yang telah ditentukan Allah ke atas kamu” … “Bekerjalah untuk kematian yang mulia, nescaya kamu akan berjaya dengan kebahgiaan sepenuhnya. Moga Allah mengurniakan kepada kami dan kamu kemuliaan mati Syahid di JalanNya”. (Hasan Al-Banna).

Ustaz Halim INIJALANKU www.inijalanku.wordpress.com

23 April 2009

kisah Sa’labah bin Hatib

Pada zaman Rasulullah, ada seorang lelaki bernama Sa’labah bin Hatib. Pekerjaannya ialah
mengembala kambing. Kehidupannya cukup sederhana dan beliau seorang yang taat menunaikan ibadah dan selalu solat berjemaah bersama Rasulullah. Namun demikian, Rasulullah amat hairan melihat kelakuan Sa’labah. Setiap kali selesai solat dia segera bangkit dan pulang ke rumahnya. Padahal jemaah lain masih duduk berzikir dan berdoa bersama Rasulullah. Pada suatu hari, Rasulullah bertanya kepada Sa’labah."Hai Sa’labah, mengapa engkau sangat cepat bangkit dari dudukmu apabila selesai menunaikan solat bersama kami?".

Sa’labah menjelaskan kepada Rasulullah, bahawa beliau hanya mempunyai sehelai kain sahaja untuk solat. Oleh itu beliau perlu cepat kembali kerumah supaya kain yang dipakainya itu pula dipakai pula oleh isterinya untuk solat. Walau bagaimanapun, di sebalik ketaatannya itu, Sa’labah ada menyimpan sedikit perasaan ingin menjadi kaya. Perasaan ingin kaya ini telah lama dipendam oleh Sa’labah didalam hatinya. Maka pada duatu hari, Sa’labah berjumpa Rasulullah dan beliau mangharapkan agar Rasulullah mendoakan kepada Allah supaya beliau beroleh kekayaan atau rezeki yang banyak.

Mendengar permintaan Sa’labah itu, Rasulullah memandangnya dengan penuh kehairanan, lalu baginda bertanya, "untuk apa rezeki yang banyak itu wahai Sa’labah? Menurut pendapatku, lebih baik rezeki sederhana yang diberikan Allah daripada rezeki yang banyak tetapi menyusahkan kita kelak!", hujah Rasulullah. Sa’labah terdiam. Dia tidak menjawab pertanyaan Rasulullah itu. Dalam diamnya itu nafsu ingin kaya yang sudah lama tertanam dihatinya bukan semakin berkurang, tetapi semakin menjadi-jadi.

Tidak lama selepas itu, Sa’labah menyampaikan permohonannya lagi kepada Rasulullah.
permintaannya kali ini disertai dengan alasan yang lebih kuat, antara lain Sa’labah berkata; "Kalau aku kaya kelak, kaum miskin dan melarat akan kuberi bantuan secukupnya, akan ku dirikan hospital, membangunkan rumah-rumah ibadah. Pendek kata, segala harta yang dikurniakan akan digunakan sebaik-baiknya demi keredhaan Allah," Mendengar ucapan Sa’labah yang bersunguh-sunguh itu maka Rasulullah mendoakan kepada Allah agar Sa’labah dikurniakan-Nya dengan harta yang banyak.

Allah memakbulkan permintaan hamba dan Rasul-Nya. Rezeki Sa’labah makin bertambah. Kambing Sa’labah makin membiak dengan banyaknya. Semenjak kekayaanya bertambah, ibadatnya pun semakin berkurangan. Solat berjemaah tidak lagi dihadirinya. Ini disebabkan ia terlalu sibuk menguruskan kambing-kambingnya yang sudah ribuan banyaknya. Dulu sebelum beroleh harta kekayaan Sa’labah pernah berjanji kepada Rasulullah bahawa dia ingin menggunakan segala kekayaanya itu untuk berjuang ke jalan Allah tetapi dia tidak menepati janji.

Rasulullah sering juga bertanya akan perihal Sa’labah kepada kawan-kawannya. Orang ramai menerangkan kepada Rasulullah bahawa Sa’labah keadaannya semakin teruk kerana beliau amat kedekut, bukan sahaja kedekut kepada orang lain bahkan kedekut kepada dirinya sendiri.

Pada suatu hari turunlah ayat mewajibkan zakat kepada Nabi Muhammad S.A.W. Maka perintah zakat itu segera disampaikan oleh Rasulullah kepada segenap umat islam yang mampu tidak terkecuali Sa’labah. Ketika utusan Rasulullah sampai ke rumah Sa’labah, beliau tidak mempercayai utusan itu bahkan mencurigai Rasulullah sendiri. Padanya itu hanya peraturan Rasullullah kerana cemburu disebabkan kambingnya yang banyak yang mesti dizakatkan dan bukannya perintah Allah.

Sa’labah tidak memperdulikan kata-kata utusan Rasulullah. Dia masih juga tidak mahu membayar zakatnya kerana disangkanya perintah menunaikan zakat itu adalah ciptaan Rasullullah sendiri. Maka utusan Rasullullah itu keluar dari rumah Sa’labah dengan perasaan hampa. Sedangkan apabila meminta pada orang kaya yang lain, mereka (orang kaya) memberikan zakat ternakan mereka dengan senang hati. Begitulah sifat Sa’labah setiap kali utusan Rasulullah datang. Ada-ada sahaja helah dan alasan yang dikemukakannya untuk mengelakkan dari membayar zakat. Pada masa itu, turunlah Firman Allah dan akhirnya dimaktubkan di dalam surah Al-Baqarah, ayat 75-78 yang bermaksud:

"Diantara mereka, ada yang berjanji kepad Allah. Sekiranya aku diberi rezeki yang banyak,
aku akan banyak memberi sedekah, aku akan menjadi orang yang soleh. Tetapi, setelah
mereka memperolehi rezeki yang berlimpah ruah lalu mereka menjadi orang yang bakhil dan berpaling dari janjinya. Akhirnya mereka ditimpa penyakit munafik pada hari di mana mereka itu kembali kepada Allah disebabkan mereka mengingkari janjinya sendiri dan disebabkan
kebohongan mereka. Apakah merek tidak tahu, bahawa Allah itu Maha Mengetahui segala
rahsia dan apa yang tersirat dalam hati mereka dan bahawa Allah itu mengetahui segala
perkara ghaib?"

Salah seorang daripada sahabat Sa’labah yang mengetahui turunnya ayat itu segera memberitahunya. Kata sahabat Sa’labah tersebut: "Berhati-hatilah engkau. Apakah kambing-kambingmu yang banyak itu akan engkau bawa kemati? Dahulu engkau telah berjanji kepada Allah dan bukan hanya kepada Nabi Muhammad! Sa’labah sahabatku, zakat yang diminta oleh utusan Rasulullah itu bukanlah untuk baginda dan bukan pula baginda yang mengadakan hukum zakat itu". Mendengar penjelasan sahabatnya itu, membuatkan Sa’labah menjadi sedar akan kesalahan dan keangkuhannya selama ini. Sa’labah bukan sahaja insaf, malah dia merasa takut yang amat sangat.

Tanpa berkikir panjang lagi. Sa’labah pergi kepada Rasulullah dengan membawa berpuluh-puluh ekor kambing untuk dizakatkannya. Tetapi Rasulullah hanya menggelengkan kepala sambil mengatakan bahawa baginda tidak menerima zakat itu, bahkan pintu zakat sudah tertutup bagi Sa’labah. Mendengar jawapan tersebut Sa’labah menangis sekuat-kuat hatinya. Dia memukul-mukul kepalanya seperti perbuatan orang gila.

Dengan perasaan yang amat kecewa, takut dan malu yang amat sangat. Sa’labah kembali ke rumahnya dengan membawa kambing-kambingnya itu. Dalam hatinya penuh dengan penyesalan. Usaha sa’labah hendak menyerahkan zakat ternakannya tetap gagal. Hinggalah ke zaman pemerintahan Khalifah Osman bin Affan iaitu selepas kewafatan Rasulullah dan Saidina Abu Bakar. Beliau tetap dalam keadaan takut, kecewa dan menyesal kerana zakatnya tidak diterima lagi sedangkan ancaman Allah sudah turun yang ditujukan kepada orang-orang yang enggan membayar zakat.

Peristiwa keingkaran Sa’labah ini menjadi sebab turunnya salah satu ayat Al-Quran untuk
mengingatkan manusia dan sebagai pengajaran kepada umat di akhir zaman, supaya jangan menjadi orang kaya kedekut seperti Sa’labah. Ingatlah, segala kekayaan yang dipinjamkan kepada kita di dunia adalah dari ehsan Allah. Jadi apalah salahnya kita menyalurkan pula kepada mereka yang amat memerlukannya.

22 April 2009

Pengetahuan


Khasiat Garam , Adab Makan / Minum , Kelebihan Terletaknya Kaabah Dan Hikmah Dikenakan Hukuman Kepada Penzina .

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yg maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan kita dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.

Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1.Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasulullah akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya( yg last tu ),lalu Rasulullah akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa ?

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yg dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam ?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam ?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan , mengikut Dr, di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2.Cara Rasulullah mengunyah Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3.Membaca Basmalah(Bismillahirrahma Nirrahim)

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

4.Cara Rasulullah minum

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.

Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum.Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum tu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yg apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dgn cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.Cara minum, seteguk, bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yang sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibodi yang dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkawin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkawin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibodi yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar.

Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudarisana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'abah.

Mengapa ia terletak di Mekah al- Mukarramah dan mengapa ia empatpersegi (cube).

Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'abah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi ini. .

Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yg bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada di atas setelah ia memijakmijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i,melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran

21 April 2009

Ketika Usaha Dakwah Terhenti


Ketika Khadijah rha. menemui suaminya Baginda Muhammad SAW. Ia (Khadijah rha) baru saja pulang dari rumah Waraqah. Ia menanyakan tentang tanda-tanda kenabian yang ada pada suaminya, pada saat itu lah Rasulullah SAW menerima wahyu ke-dua awal surah Al-Mudatsir. Rasulullah SAW kemudian berkata kepada istrinya "Tidak ada waktu lagi untuk istirahat... Jibril AS telah menyampaikan perintah Allah SWT kepadaku agar aku menjumpai setiap orang untuk mengajaknya kepada Islam, wahai istriku siapakah orang yang akan mengikutiku". "Aku ya Rasulullah, aku mengimani bahwa Allah SWT tiada tuhan selain Dia dan engkau adalah Rasulullah" Jawab Khadijah rha.

Demikianlah awal pengorbanan mereka yang tiada berhenti sehingga segala keperluan diri dikebelakangkan hanya untuk kemuliaan Islam. Hingga di akhir hayatnya Rasululah SAW ketika ditemani oleh Jibril AS yang datang untuk menghiburnya, Beliau SAW bertanya "bagaimana keadaan ummatku sepeninggalanku?". Keadaan ummatnya saja yang terfikir hingga akhir hayatnya.

Menjelang akhir hayatnya Rasulullah SAW mengirim satu jema'ah besar keluar kota Madinah dipimpin seorang panglima yang masih sangat muda, anak dari seorang bekas budak hamba sahaya yang kemudian menjadi anak angkat Beliau, Usamah bin Zaid r.ahuma. Belum sampai ke tujuan Jema'ah tersebut mendapat berita tentang wafatnya Baginda Rasulullah SAW. Akhirnya diputuskan jema'ah tersebut kembali ke Madinah.

Di Madinatul Munawwarah keadaan pun sedikit kacau, karena begitu sedih dan bingung banyak dari sahabat r.anhum yang tidak tahu harus berbuat apa pada saat itu. Umar ra. menghunuskan pedang berkeliling Madinah sambil berkata tidak mungkin Rasulullah SAW wafat, Utsman ra. hanya diam tidak tahu berbuat apa.. Sehingalah Abu Bakar ra., setelah menjenguk jasad Baginda SAW, tampil ke depan menenangkan.

Singkat cerita...
Usaha da'wah terhenti sebentar (dalam satu riwayat 7 hari), jema'ah yang dipimpin Usamah ra. belum diberangkatkan. Apa yang terjadi? Alim ulama menerangkan ketika da'wah terhenti sebentar ada 3 perkara besar terjadi:

1. Diangkatnya ketakutan dari hati orang kafir terhadap orang Islam
2. Banyak orang kembali murtad dan sebagian tidak mau lagi membayar zakat.
3. Munculnya Nabi palsu, Musailamah al Kahzab.

Tentara Romawi dan sekutu-sekutunya mengirim suatu kekuatan besar untuk membumi hanguskan Madinah dan seluruh orang Islam. Abu Bakar ra. memutuskan untuk segera mengirim kembali jema'ah yang sempat tertunda untuk menghadapi tentara kafir dengan tetap dipimpin oleh Usamah ra. Ada sebagian sahabat yang merasa keberatan dan ingin agar Usamah ra. dapat diganti dengan sahabat yang lebih berpengalaman tapi Abu Bakar ra. berkata,

"Belum lama jasad Rasulullah SAW dikebumikan, sekarang kalian hendak mengubah satu Sunnahnya"!

Jema'ah tersebut tetap dipimpin oleh Usamah bin Zaid r.anhuma. Semua sahabat yang tidak ada uzur diperintahkan untuk menyertai jema'ah tersebut. Amirul Mukminin, Abu Bakar ra. meminta kesediaan Usamah ra. untuk membolehkan beberapa sahabat tetap tinggal di Madinah untuk tugas-tugas lain. Khalid bin Walid ra. ditugaskan memimpin 500 orang untuk menghancurkan Musailamah al Kahzab, Umar ra. ditugaskan memimpin 50 orang untuk menhadapi mereka yang tidak mau membayar zakat. Sehingga tinggallah di kota Madinah orang-orang tua dan Abu Bakar ra. sebagai Amirul Maukminin untuk mengendalikan keadaan di Madinah. Seorang sahabat lagi bertanya kepada Abu Bakar ra. berkata "Wahai Amirul mukminin kalau semua kita menyertai jema'ah ini bagaimana keadaan kota Madinah yang di dalamnya ada Ummahatul mukminiin, istri-istri Rasulullah SAW". Abu Bakar ra berkata,

"Aku lebih rela istri-istri nabi diserang musuh dan bangkainya dicabik-cabik serigala daripada agama dan usaha agama ini terhenti".

Akhirnya Jema'ah tersebut diberangkatkan dengan dilepas sendiri oleh Amirul Mukminin Abu Bakar ra. Di Madinah, semua sahabat yang uzur diperintahkan untuk membuat 'amalan masjid. Mengisinya dengan Da'wah menjumpai orang-orang di Madinah yang keyakinannya goyah atau telah keluar dari Islam untuk dapat kembali kepada Islam. Mereka kemudian diajak ke Masjid Nabawi untuk duduk di dalam majelis dan dibangkitkan semangatnya kembali serta memperbanyak 'amal ibadah dan berdo'a memohon bantuan Allah SWT. Sebagaian lagi diberi tugas untuk melayani tamu-tamu yang datang dan menyiapkan segala keperluan jema'ah masjid.

Dari usaha dan kerja di Masjid Nabawi tersebut alim ulama menerangkan terbentuk beberapa jema'ah da'wah yang dikirim ke kawasan yang berdekatan dengan Madinah, menjumpai setiap orang yang berada di kabilah terdekat untuk kembali kepada Islam dan Iman. Sehingga di dalam suatu riwayat selama tiga hari-tiga malam di kota Madinah tidak terdengar suara adzan.

Kembali kepada Jema'ah yang dipimpin oleh Usamah bin Zaid ra. Selama perjalanan untuk menghadapi tentara kafir mereka telah berhenti beberapa kali. Alim ulama menerangkan bahwa Usamah ra. telah memerintahkan jema'ah tersebut untuk berhenti dan membongkar segala perlengkapan dan memasang tenda dan berbagai keperluan lainnya. Ketika semua telah selesai, ia, Usamah ra. memerintahkan untuk melanjutkan perjalanan. Semua sahabat r.ahum tha'at. Mereka segera membongkar tenda mengumpulkan segala perbekalan dan sebagainya. Di tempat yang lain Usamah ra. memberikan perintah yang sama sehingga beberapa kali jema'ah tersebut membongkar memasang dan membongkar lagi perbekalan serta tenda mereka.

Alim ulama menerangkan bahwa walaupun pada zhahirnya terlihat seperti tidak teratur dan tidak terorganisir akan tetapi dengan ketha'atan kepada Amir dan bergeraknya mereka tersebut fii sabilillaah. Allah SWT telah tanamkan kembali di dalam hati musuh Islam ketakutan terhadap ummat Islam. Tentara Romawi dan sekutunya menjumpai bekas-bekas perkemahan dan barang-barang perbekalan sahabat r.ahum dapat menghitung berapa kekuatan pasukan Muslimin. Di tempat yang lain mereka menjumpai tanda-tanda bahwa di tempat itu juga sepasukan yang besar pernah berkemah. Sehingga akhirnya tentara musuh Islam tersebut berkesimpulan kalau dengan jumlah sahabat r.ahum sedemikian besar yang berada di luar Madinah maka pasti jumlah yang lebih besar lagi ada di dalam Madinah. Dan mereka memutuskan untuk mundur karena mereka yakin mereka tidak akan menang menghadapi orang Islam. Begitu juga Musailamah al Kahzab dan pengikutnya beserta benteng di Yamamah yang telah didirikannya akhirnya dapat di hancurkan.

Tiga perkara besar yang terjadi akibat usaha da'wah terhenti sebentar akhirnya dapat dikembalikan. Orang-orang kembali kepada Islam dan mau membayar zakat, Allah SWT tanamkan kembali ketakutan di dalam hati musuh Islam dan Allah SWT hancurkan nabi palsu.

08 April 2009

Gelagat Syaitan di Majlis Kenduri


Oleh ImamKhalid | 28 bacaan khusyuk
Menurut apa yang diceritakan oleh Tok
Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan
hendak ke kenduri kahwin di hujung kampung.
Malangnya, ketika itu hujan turun dengan
lebatnya. Maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti.
Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tengah
hari. Tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara
tangisan kanak-kanak.
Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang
kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar
yang telah tumbang... Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa
pula yang meninggalkan anak dalam keadaan begitu?
Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu
bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala
botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang
dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang, begitu
juga jari kaki.. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa
sebab mereka menangis di tepi jalan.
Menurut salah satu daripada budak-budak itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yang amat lebat
sebentar tadi.
Tok Dahaman bertanya di mana rumah. Mereka
pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah
lah yang budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok
Dahaman.
Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu
telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang
berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yang telah
runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-
budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka
kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan
mata kasar.
Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit
minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi,
minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab
dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia
menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai
tulang ayam bersilang di rambutnya.
Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu
bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan
mereka di dalam kesejukan.
Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di
rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut.
Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina
di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di
tempat orang lelaki..
Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dengan
org ramai.
Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak,
mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana orang yang memasak tidak membaca
Bismillah), syaitan-syaitan tersebut ada yang meludah, membuang
air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk. Ada juga yang
muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di
kepala dan riba manusia.
Tok Dahaman dan isterinya yang memandang
suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Orang ramai pada
hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu.
Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk
berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan
syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah
kenduri.
Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah dia dengan bapa syaitan tersebut.
Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan
dengan gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan
tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa
rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan
bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.
Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman,
syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang
ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut
isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama
makan kenduri dengan orang perempuan bahkan di bahagian
perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada
yang membawa anak mereka.
Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak
dapat dikawal oleh ibu bapa mereka.. mereka melompat dari satu
talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau
tangan orang. Ada yang membuang air kecil sambil bergayut di
jendela rumah.
Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh
isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-
sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya
berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan
berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan.
Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai
melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek.
Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka
menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap
mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau
tidak. Begitulah halnya, keadaan syaitan yang sungguh
menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak
makan.
Sebelum makan, sebut lah nama Allah, atau
sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH.
Wallahu a ’ lam

> MORAL OF THE STORY; APABILA KITA MELAKUKAN
> SESUATU MULAKAN DENGAN UCAPAN BISMILLAH.
>
> semoga hari ini lebih baik dari semalam.
>
> Wallahu a ’ lam