17 March 2009

KEMISKINAN DAN ZUHUD


ALLAH SWT berfirman yg bermaksud:
"Hai manusia,kamulah yang memerlukan kepada Allah"
(Fathir :15)

Org fakir itu ialah siapa yg memerlukan apa yg tidak dimilikinya, dan manusia semua memerlukan Allah SWT, kerana mereka memerlukan-Nya,demi terusnya wujud mereka. Awal wujud mereka berasal dari-Nya dan itu bukan utk mereka,tetapi untuk Allah SWT. Dialah Yang Maha Kaya. Sekarang kami sebutkan org yg miskin harta, iaitu org yg tidak punya harta yg diperlukannya bagi penghidupannya.
Org miskin mempunyai banyak keadaan. Di anataranya,
1) ia tidak menyukai harta dan menghindarinya. Dialah org zahid.
2) org yg tidak menghindari dan tidak mengharapkanya,tetapi bila ada tidak dibencinya.
Itulah org yg redha.
3) apabila adanya harta lebih disukainya drp ketiadaannya jika datang dgn sukarela, tetapi ia tidak berupaya mencarinya.
4) bila ia meninginkan harta dan mengharapkannya,tetapi ia tidak berusaha mencarinya kerana tidak mampu.
5) hartanya yg tidak ada padanya itu harus dipunyainya, seperti org lapar yg tidak punya roti, org telanjang yg tidak punya baju bagi diri atau keluaganya. Org yg mengalami keadaan ini, jika tidak punya keinginan,maka ia adalah org zahid yg sebenarnya.

Lebih tinggi dari semua keadaan ini adalah bila ada dan tidak adanya harta sama saja baginya, baik harta yg ditangannya sedikit atau banyak. Ia tidak peduli dan tidak menolak permintaan serta tidak memikirkan keperluan dirinya.

Diriwayatkan dari Aisyah ra. bahawa ia mendapat 100.000 dirham sebagai pemberian, lalu dibagikannya,dan tidak terfikir keperluannya sendiri utk berbuka puasa.Ketika itu pelayannya berkata kpdnya: "Kiranya engkau belikan daging bagi kami berharga sedirham utk makanan berbuka puasa."
Maka Aisyah berkata:"Cuba engkau ingatkan aku, tentu aku melakukanya."

A. Keutamaan Kemiskinan
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra. bahawa Rasulullah SAW berkata kpd para sahabatnya:"Manusia manakah yg terbaik?" Para sahabat menjawab. "Org yg kaya harta dan menunaikan hak Allah SWT pada diri dan hartanya."
Maka Nabi SAW bersabda: "Siapakah sebaik2 manusia, ya Rasulullah?"
Baginda menjawab: "Seorang fakir yg memberikan tenaganya."
Dalam cerita yg masyhur disebutkan: "Org2 fakir dari umatku masuk syurga 500 tahun sebelum org2 kaya mereka."

Diriwayatkan bahawa Isa as. melalui seorang lelaki yg sedang tidur diatas tanah dan dibawah kepalanya ada batu bata sementara wajah dan janggutnya terbenam didalam tanah dan ia memakai sarung.
Org itu berkata: "Ya Tuhanku, hamba-Mu didunia ini terlantar.".
Maka Allah SWT mewahyukan kpdnya:
"Hai Isa, tidakkah engkau tahu bahawa Aku apabila memandang kpd hamba-Ku dgn wajah-Ku seluruhnya, maka Aku jauhkan dunia seluruhnya darinya?"

Nabi SAW bersabda:
"Sesungguhnya aku mempunyai dua kekasih. Barangsiapa mencintai keduanya, maka ia telah mencintai aku, iaitu kemiskinan dan jihad."

Diriwayatkan bahawa Jibril as. turun kpd Nabi SAW lalu berkata: "Ya Muhammad, Allah SWT mengirimkan salam kpd mu dan berkata kpd mu: Apakah engkau suka Aku ubah gunung ganang ini menjadi emas bagimu dan menyertaimu dimana pun kau berada?"

Maka Nabi SAW menundukkan kepala sejenak, kemudian menjawab: Ya Jibril, sesungguhnya dunia adalah negeri bagi org yg tidak punya negeri dan harta bagi siapa yg tidak berharta, dan yg mengumpulkannya adalah org yg tidak berakal."

Kemudian Jibril berkata: "Ya Muhammad, Allah telah menguatkanmu dgn perkataan kukuh."

Diriwayatkan bahawa Isa as. dlm perjalanannya menghampiri seorang lelaki yg sedang tidur berselimutkan baju lomggar, lalu membangunkannya.

Isa berkata: "Hai org yg tidur, bangun dan sebutlah nama Allah."

Org itu berkata: "Apa yg engkau inginkan dariku?"

Aku telah meninggalkan dunia bagi penghuninya.

Kemudian Isa berkata: "Aku mengintai ke dlm syurga, maka ku lihat sebahagian besar pemghuninya adalah org fakir. Ku lihat kedalam neraka yg terbanyak penghuninya adalah org kaya."

Nabi SAW bersabda:
"Hai org2 fakir, berilah Allah keredhaan dari hatimu, nescaya kalian mendapat pahala kerana kemiskinanmu. Kalau tidak begitu, maka engkau tidak berhasil."

Allah SWT mewhyukan kpd Ismail as.

"Carilah Aku pada org2 yang patah hati."

Ismail berkata: "Siapakah mereka itu?"

Allah menjawab: "Org2 fakir yg benar."

Dgn demikian, org2 fakir mempunyai keutamaan yg tidak disebutkan dlm kata2 dan atsar2. Tidaklah mengapa berusaha mencari harta.

Nabi SAW bersabda:

"Ya Allah, jadikanlah makanan keluarga Muhammad dalam kecukupan."

B. Zuhud

1) Hakikat Zuhud
Hakikat zuhud adalah menolak sesuatu dan mengharapkan yg lain. Maka siapa yg meninggalkan kelebihan dunia dan menolaknya serta mengharapkan akhirat, maka ia pun zahid didunia.
Darjat zuhud tertinggi ialah bila tidak menginginkan segala sesuatu selain Allah SWT, bahkan akhirat. Zuhud harus disertai pengetahuan bahwa akhirat lebih baik drp dunia. Amalan yg timbul dari suatu keadaan adalah pelengkap dari keinginan terhadap akhirat.

Amalan ibarat pembayaran harga dgn memelihara harta dan anggota tubuh dari segala yg bertentangan dgn jualan ini. Keutamaan zuhud ditunjukkan oleh ayat2 dan kata2.

Allah SWT berfirman yg bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yg ada dibumi sebagai perhiasan baginya agar kami menguji mereka siapa diantara mereka yg terbaik perbuatannya."

Allah SWT berfirman yg bermaksud:
"Barangsiapa yg menghendaki keuntungan diakhirat, akan Kami tamabah keuntungan itu baginya, dan barangsiapa yg menghendaki keuntungan didunia, Kami beri kpdnya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat."

Nabi SAW bersabda:
"Barangsiapa keinginannya adalah dunia, maka Allah SWT mencerai beraikan fikiran dan harta bendanya serta sebahagian besar kemiskinannya ada dihadapan matanya, sedangkan dunia tidak datang kpdnya kecuali yg yg ditetapkan baginya. Barangsiapa keinginannya adalah akhirat maka Allah SWT menyatukan fikiran dan memelihara harta bendanya serta menjadikan kekayaan didalam hatinya serta dunia pun dtg kpdnya, dlm keadaan tunduk."

Nabi SAW bersabda: " Apabila kalian melihat seseorang telah dikurnia sifat tenang dan menjauhi dunia, maka dekatilah dia, kerana ia memberi hikmah."

Nabi SAW bersabda: "Jika engkau ingin dicintai Allah, maka jauhilah keduniaan, nescaya Allah mencintaimu."

Ketika Haritsah berkata kpd Rasulullah SAW: "Aku seorang mukmin yg benar."

Nabi SAW bersabda: "Apakah hakikat imanmu?"

Haritsah menjawab: Diriku menjauhi dunia sehingga batu dan emasnya adalah sama bagiku. Seakan-akan aku melihat syurga dan neraka seakan-akan menyaksika Arsy Tuhanku.

Jabir ra. berkata bahwa, Nabi SAW berkhutbah kpd kami seraya berkata: "Barangsiapa dtg dgn kalimah Laailaha illallah tanpa dicampiri dgn lainnya, ia pun masuk syurga."

Kemudian Ali ra. berkata:"Ayah dan ibuku menjadi tebusanmu, ya Rasulullah,apa yg tidak bercampur dgnnya, terangkan ia kpd kami."

Maka Nabi SAW bersabda:"Cinta dunia dgn mencari dan mengikutinya. Org2 yg mengatakan perkataan nabi-nabi dan mengamalkan perbuatan org2 yg sombong. Maka siapa dtg membawa kalimah "Laa ilaha illallah tanpa dicampuri sesuatu pun dari ini, wajiblah syurga baginya."

2) Tiga Jenis Darjat Zuhud
Pertama, memaksakan zuhud terhadap dunia dan memerangi nafsunya dlm usaha meninggalkannya walaupun disukainya. Ini org yg memaksakan zuhud dan mudah-mudahan berlangsung terus hingga ia mencapai zuhud.

Kedua, ia bersikap zuhud terhadap dunia dgn sukarela kerana meremehkannya disamping apa yg diharapkannya. Seperti org yg meninggalkan satu dirham demi dua dirham dan ini tidak memberatkannya, tetapi ia harus memperhatikan keadaan dirinya. Ini juga mengandungi kekurangan.

Ketiga,zuhud yg tertinggi, iaitu bila seseorang bersikap zuhud dgn sukarela dan tidak merasakan zuhudnya,kerana ia tidak menganggap bahwa ia meninggalkan sesuatu kerana ia tahu bahwa dunia bukan apa2.

Maka, ia seperti org yg meninggalkan tanah liat dan mengambil permata. Ia tidak menganggap itu sebagai ganti, sedangkan dunia dibanding akhirat tidak ada ertinya.

Abu Zaid ra. berkata kepada Abi Musa Abdurrahman,"Tentang apa anda bicarakan?"

Ia menjawab: "Tentang zuhud."

Abu Zaid berkata: "Zuhud terhadap apa."

Abu Musa menjawab: "Terhadap dunia"

Maka Abu Zaid mengebaskan tangannya seraya berkata:"Aku mengira bahwa ia berbicara tentang sesuatu bahagian dunia, bukan sesuatu yg ia bersikap zuhud terhadapnya."

Perumpamaan org yg meninggalkan dunia utk akhirat menurut ahli makrifat dan para pemilik hati yg dipenuhi penyaksian dan mukasyafah adalah seperti prg yg dihalangi anjing utk memasuki pintu raja, lalu ia melemparkan sepotong roti kpdnya sehingga melalaikan anjing itu dan ia pun masuk pintu serta mendapat kedudukan disisi raja hingga ia laksanakan perintahnya diseluruh kerajaannya. Tidakkah engkau melihat ia mendapat disisi raja dgn sepotong roti yg dilemparkannya kpd anjing dgn inbalan tersebut?

Syaitan adalah anjing dipintu raja, sedangkan raja diumpamakan Allah SWT. Syaitan mencegah manusia masuk, padahal pintu terbuka dan tabir terangkat, sedang dunia seperti sepotong roti. Jika engkau memakannya, maka kelazatannya sementara dan akan habis setelah ditelan, kemudian tinggal berat didlm perut besar, kemudian menjadi busuk dan perlu dikeluarkan dlm bentuk kotoran disisi raja, bagaimana ia perlu memperhatikannya?

Perbandingan dunia yg bersih dgn akhirat lebih sedikit drp sepotong roti terhadap raja dunia, kerana tidak boleh dibandingkan antara sesuatu yg habis dgn sesuatu yg tidak berakhir. Dunia akan berakhir dlm waktu dekat, w/pun berlangsung sejuta tahun bersih dari berbagai kekeruhan. Maka kesudahannya adalah kemusnahan.

Bila demikian halnya, maka ketahuilah bahwa darjat tertinggi adalah jika engkau jauhi segala sesuatu selain Allah SWT demi mengharap redha-Nya. Hal itu dilakukan dgn mengenal-Nya dan mengenal kedudukan-Nya yg tertinggi.

Maka, janganlah menghalang makan,minum,nikah,tempat tinggal dan segala keperluanmu kecuali sekadar yg engkau perlukan utk menengakkan badan dan menghidupkan dirimu. Inilah zuhud yg hakiki.

Wallahu a'lam

14 March 2009

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT....



AYAT KURSI

Wallahualam..

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera

memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanyajuga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari
sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh
sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari
segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya
sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal
fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud: And here is the rest of it.



"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda bagindalagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselaJustify Fullmatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jinterbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

FADHILAT TABLIGH

MUKADDIMAH

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

NAHMADUHU WANUSOLLI ‘ALA RASULIHILKARIM

Segala puji bagi ALLAH subhanahuwataala, selawat dan salam kepada junjungan Besar Nabi Muhammad saw.

Saya telah diarah oleh guru saya Sohibul Fdhilah Hazrat Maulana Muhammad Ilyas rah. Supaya menulis secara ringkas bebarapa ayat dan hadith tentang kepentingan menyebarkan agama untuk diutarakan kepada pembaca. Oleh kerana kesukaan insan yang mulia seperti beliau telah menjadi perantaraan keselamatan dan asbab pengampunan dosa-dosa orang yang banyak kelamahan seperti saya ini maka saya mempersembahkan tulisan yang dihimpun dalam keadaan tergesa-gesa ini. Saya ingin menarik perhatian madrasah, pertubuhan-pertubuhan Islam, sekolah-sekolah agama dan setiap kerajaan Islam malah kepada setiap orang Islam bahawa sekarang ini kemunduran umat Islam bertambah hebat hari demi hari. Tentangan-tentangan terhadap Islam bukan sahaja datang daripada orang kafir malah serangan turut datang daripada orang Islam sendiri. Meninggalkan perintah-perintah Allah subhanahu wataala yang fardhu dan yang wajib kian berlaku di kalangan setiap masyarakat Islam. Tidak perlu kita sebut tentang peninggalan solah dan puasa sedangkan ratusan ribu umat Islam terlibat dengan perbuatan kufur dan syirik yang nyata. Yang lebih mendukacitakan ialah mereka tidak pun menganggap bahawa itu adalah kufur dan syirik. Tersebarnya perbuatan-perbuatan yang haram, keji dan kotor begitu terang dan nyata. Sikap tidak ambil kisah terhadap agama, meringan-ringan dan mengejek-ngejek amalan agama yang menjadi-jadi sehingga perkara ini telah diketahui umum. Oleh itu, sifat mengasingkan diri daripada orang ramai yang berlaku di kalangan para ulama dan ustaz-ustaz semakin ketara. Kesan yang pasti daripada perbuatan ini ialah orang ramai semakin jauh daripada agama dan amalan agama hari demi hari. Orang awam merasakan mereka tidak bersalah dalam hal ini kerana tiada orang yang memberitahu mereka. Ulama juga merasakan yang mereka pun tidak bersalah kerana tidak ada lagi orang yang ingin mendengar ajaran mereka. Naun demikian, di sisi Allah Subhanahu Wataala alasan orang awam, iaitu tiada orang yang ingin memberiahu mereka, tidak boleh diterima. Sebenarnya adalah menjadi kewajipan setiap orang untuk mengambil tahu dan memastikan setiap satu urusan agama. Alasan tidak mengetahui undang-undang tidak akan diambil kira oleh mana-mana kerajaan dalam mengadii sebarang kesalahan maka bagaimana mungkin keadaan ini boleh diterima di sisi Ahkamul-Hakimin? Bahkan keadaan ini menepati pendapat bahawa “dosa mengada-adakan alasan lebih besar daripada dosa kesalahan itu sendiri”.

Demikian juga alasan para ulama bahawa tiada orang yang ingin mendengar ajaran mereka adalah tidak munasabah. Salafussalihin yang kita semua berbangga kerana menjadi pengganti mereka telah banyak menanggung kesusahan demi untuk menyebarkan agama. Tidakkah mereka telah dibaling dengan batu? Tidakkah mereka dimaki hamun dan tidakkah mereka menanggung segala musibah? Walaupun, setelah menanggung segala bentuk kesusahan, mereka tetap menyampaikan agama kepada orang ramai kerana menyedari tanggungjawab mereka untuk menyebarkan agama. Walaupun menghadapi sekeras-keras halangan, mereka tetap menyebarkan Islam dan hukum-ahkam Islam dengan penuh kasih-sayang.

Pada umumnya orang Islam membataskan tugas dakwah hanya kepada para ulama sahaja. Sedangkan, anggapan ini tidak betul. Setiap orang yang melihat sebarang kemungkaran dilakukan dihadapannya dan dia berkuasa mengubahnya ataupun dia mampu mewujudkan asbab untuk mengubahnya maka wajib bagi dia mengubah kemungkaran tersebut. Sekiranya pendapat yang mengatakan bahawa kerja tabligh khusus untuk ulamak dianggap benar sekalipun, namun apabila tanggungjawab ini tidak disempurnakan, sama ada kerana kecuaian atau sebarang keuzuran yang lain ataupun usaha mereka tidak mencukupi untuk menyempurnakan tanggungjawab itu maka kewajipan tersebut kembali kepada setiap orang Islam. Betap kuatnya penekanan yang diberikan oleh al-Quran dan al-Hadith terhadap tabligh serta amr-bil-ma’aruf dan nahi-‘anil-mungkar akan terjelas nanti dalam bab-bab yang akan datang. Dalam keadaan sekarang ini,untuk meletakkan tanggungjawab tersebut hanya kepada para ulamak atau hanya menuding jari ka atas kecuaian mereka tidak mungkin dapat melepaskan tanggungjawab sesiapa pun. Oleh itu, saya merayu secara umum kepada setiap orang Islam sekarang ini supaya sedikit sebanyak mengambil bahagian dalam usaha tabligh dan lapangkanlah masa sebanyak mungkin untuk memelihara dan meyebarkan agama. Seorang penyair parsi bermadah:

Anggaplah masa yang ada sebagai peluang keemasan kerana tiada sesiaapa pun yang tahu akan kesudahannya sendiri.

Penting juga dimaklumi bahawa melakukan kerja tabligh atau amr-bil-ma’aruf dan nahi-‘anil-mungkar tidaklah perlu menjadi seorang yang alim sempurna terlebih dahulu. Setiap orang yang mengetahui apa-apa jua tentang agama hendaklah dia menyampaikan kepada orang lain. Apabila dihadapannya berlaku sebarang perkara yang dilarang oleh syarak, sedangkan dia mampu mencegah maka wajib ke atasnya untuk mencegah perkara tersebut

02 March 2009

Peristiwa Bulan Rabiul Awal


Pengertian

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.


Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah saw.

Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa Nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul.

Dibulan Rabiulawal inilah Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi Muhammad saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah

Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan.

Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.

Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah

Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7. Pembukaan Iraq

Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis

Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol

Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

SIFAT ROMANTIK RASULULLAH S.A.W

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian~. "

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain~ . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa~. ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga~ kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin~ Ya Rabbal 'Alamin~^^ Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya ALLAHUAKBAR~

ALASAN MENGAPA SAINTIS PERCAYA AKAN ADANYA TUHAN


Janganlah kamu fikirkan akan dzat Allah kerana akalmu tidak akan mampu memikirkannya, tetapi renungkanlah akan ciptaan Allah.

Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden 'New York Academy Of Sciences' yang pertama kali terbit di dalam Reader's Digest Januari, 1948 ;kemudian dengan sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor Matematik di Universiti Oxford ianya telah diterbit semula di dalam Reader's Digest November 1960.

Rencana ini membuktikan para saintis mengakui betapa perlunya kehadiran tuhan yang maha Pencipta. Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman saintifik dan setiap peningkatan sinar mentari membawa petunjuk akan keagungan maha pencipta.Setelah 90 tahun semangat sains kemanusian dan dengan kepercayaan kepada pengetahuan yang semakin hampir kita dekati menyebabkan kita semakin bertambah yakin dengan adanya Tuhan.

Untuk diri saya, saya telah menghitung 7 alasan untuk menyimpulkan kepercayaan saya ini.

PERTAMA: dengan menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan dicipta dengan kejuruteraan yang maha bijaksana. Jika anda ambil 10 keping wang syiling dan tandakan dari 1 hingga 10, kemudian masukkan ke dalam poket anda dan gaulkan syiling2 tersebut.

Sekarang anda cuba anda mengambilnya secara teratur dari no. 1 hingga 10 dan masukkan kembali syiling2 tersebut dan gaulkan mereka kembali, Secara matematik, kita tahu bahawa kebarangkalian anda untuk mendapatkan syiling bernombor 1 adalah 1 dalam 10, peluang untuk mendapatkan no. 1 dan no. 2 secara berturutan adalah 1 dalam 100 dan peluang untuk mendapatkan 1, 2 dan 3 secara berturutan secara berterusan adala 1 dalam 1000 dan begitulah seterusnya.

Peluang anda untuk mendapatkan no. 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan 10 secara berterusan adalah 1dalam 10 juta kali. Mengikut kaedah yang sama, terlalu banyak keadaan yang ideal dan optima yang diperlukan di dalam kehidupan di atas bumi ini dan ianya pasti tidak akan wujud jika ianya terjadi dengan sendirinya, Bumi berpusing pada paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam.

Jika ianya berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari2 dan malam2 bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari sekarang,dan kepanasan matahari akan membakar seluruh tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malam pula, kehidupan yang ada ini akan membeku. Matahari, sumber kehidupan ini, mempunyai suhu permukaan sebanyak 12,000 darjah Fahrenheit dan dunia ini mempunyai jarak yang optima jika dibandingkan dengan matahari supaya pancaran matahari sekadar cukup untuk memanaskan dan tidak terlalu berlebihan.

Jika matahari memancar cahaya dengan kadar sebanyak 50% kurang dari yang ada sekarang, kita akan kebekuan dan jika ianya memancarkan 50% lebih pancaran, kita akan terbakar. Kecondongan bumi sebanyak 23 darjah memberikan bumi 4 musim, jika bumi tidak condong sebanyak itu, wap dari lautan akan bergerak menuju utara dan selatan dan akan menyebabkan benua2 akan menjadi benua air batu.

Jika bulan yang kita ada sekarang cuma berjarak sejauh 50,000 batu dari bumi dari jarak sebenarnya sekarang, air pasang surut dari lautan akan menjadi terlalu besar di mana dalam 2 kali sehari, seluruh benua di bumi akan ditenggelami air dan gunung ganang pun akan terhakis sama sekali.

Jika lapisan teras bumi menjadi 10 kaki lebih tebal dari yang ada sekarang, ianya akan menyebabkan tiada lagi oksigen yang akan wujud di mana semua kehidupan akan mati. Jika lautan menjadi beberapa kaki lebih dalam dari yang ada sekarang, karbon dioksida dan oksigen akan terlarut semuanya di dalam lautan dan akan menyebabkan tiada tumbuhan lagi akan wujud. Atau jika atmosfera kita menjadi semakin tipis, sebahagian dari meteor akan terbakar di angkasa dan di bumi sebanyak berjuta2 kali dalam sehari dan akan mengenai bumi dan menyebabkan kebakaran di mana-mana jua.

Disebabkan alasan-alasan di atas, tidak ada kemungkinan satu dalam berjuta-juta pun bahawa kehidupan di atas planet bumi ini terjadi secara kebetulan.

KEDUA: Keadaan kehidupan itu sendiri untuk menyempurnakan tujuan kehidupan itu sendiri adalah menesfitasi akan kewujudan yang maha bijaksana. Kehidupan itu sendiri, tiada manusia yang benar2 mengerti tentang pengertiannya.

Ianya tidak mempunyai berat atau dimensi, tetapi ianya mempunyai kekuatan dan daya: akar yang hidup akan memecahkan batu. Kehidupan telah menguasai air, daratan dan udara, telah menguasai elemen dan telah membentuk dan melarutkan elemen dan membuat perubahan kepada kombinasi mereka.

Kehidupan, pencipta yang telah membentuk semua kehidupan yang ada,artis yang merekabentuk setiap daunan untuk setiap pohonan dan mewarnakan setiap bunga yang ada. Kehidupan adalah ibarat pemuzik dan membuat setiap burung mempunyai lagu-lagu cinta mereka sendiri, serangga akan memanggil sesama mereka dalam nada beraneka mereka sendiri.

Kehidupan adalah ahli kimia yang agung, memberi rasa kepada setiap buah-buahan dan rempah ratus, dan memberi bauan kepada mawar dan bunga-bungaan lainnya, merubah air dan asid karbonik menjadi gula dan kayu dan dengan membuat demikian,menghasilkan oksigen agar setiap haiwan dapat hidup benafas. Awas, setiap tumpahan protoplasma yang hampir tidak kelihatan, lutsinar dan berbentuk seperti agar2 mampu bergerak dan mandapatkan tenaga dari cahaya matahari.

Kehidupan satu sel ini menyimpan mikro-organisma kehidupan itu sendiri dan mempunyai tenaga untuk mengagih-agihkan kehidupan kepada setiap benda bernyawa amat berkuasa tetapi telalu kecil. Kuasa pada setiap tumpahannya adalah lebih besar dari tumbuhan, haiwan dan manusia itu sendiri, kerana setiap kehidupan adalah bermula darinya.

Alam semula jadi tidak dapat mencipta kehidupan: batu-batuan yang panas dan kemasinan laut tidak dapat memenuhi keperluan kehidupan. Tetapi,siapakah yang telah mewujudkan kehidupan itu sendiri?

KETIGA: Kebijaksanaan haiwan itu sendiri telah menyuarakan akan keagungan maha pencipta yang mamasukkan naluri kedalam haiwan.

Ikan Salmon menghabiskan beberapa tahun usianya di dalam lautan, akhirnya akan kembali kepada asal usul sungainya: akan berenang untuk kembali kepada sungai dan habitat di mana ia telah dilahirkan. Apakah yang menyebabkan mereka kembali ke tempat asal mereka dengan begitu tepat sekali? Jika anda mengubah ikan tersebut kepada habitat lain, ikan ini akan mengetahui bahawa dia telah tersalah haluan dan akan berusaha sekali lagi untuk berenang menentang harus untuk menghabiskan destinasinya dengan lebih tepat lagi.

Adalah lebih sukar lagi untuk menyelesaikan misteri kehidupan belut. Makhluk ajaib ini berhijrah apabila mencapai umur matang dari setiap kolam dan sungai di mana-mana merata dunia - dari Eropah akan menyeberangi beribu-ribu batu lautan - semuanya akan berkumpul pada lubuk yang dalam berdekatan laut Bermuda. Di sana mereka akan mengawan dan mati. Anak2 belut tanpa pengetahuan yang kita tahu kecuali hidup liar dalam lautan, walau bagaimanapun akan mengetahui jalan pulang mereka bukan sahaja persisiran pantai di mana ibu bapa mereka berasal Bahkan sampai kepada setiap sungai atau kolam kecil di mana mereka berasal - menyebabkan setiap bahagian air akan sentiasa didiami oleh belut.

Tiada belut Amerika yang ditangkap di Eropah dan begitu juga sebaliknya. Alam semulajadi juga telah melengahkan kematangan belut Eropah selama setahun atau lebih untuk menghabiskan jarak perjalanannya yang lebih panjang. Dari manakah asalnya deria pengemudian mereka ini?

KEEMPAT: manusia mempunyai lebih lagi dari naluri kehaiwanan -

Keupayaan untuk berlogika. Tiada haiwan yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga 10 atau untuk memahami pengertian nombor-nombor itu. Di mana naluri ini adalah seumpama nota tunggal kepada seruling, indah tetapi terhad, otak manusia mempunyai kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah orkestra.

Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut tentang alasan yang keempat ini, terima kasih kepada manusia, logika ini menyebabkan manusia seperti manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau sedikit cetusan dari kebijaksanaan universal yang maha bijaksana.

KELIMA: Kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil dari fenomena yang diketahui pada masa ini dan tidak pada masa Darwin - keajaiban gen.

Terlalu penting bagi gen yang bertanggungjawab terhadap semua manusia hidup di dalam dunia ini jika dikumpulkan di dalam suatu tempat,ruangan yang akan diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang diambil oleh satu jari manusia.

Namun begitu, mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan merupakan kunci kepada semua ciri-ciri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Satu ruangan jari manusia adalah ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri manusia seramai dua billion orang.

Walau bagaimanapun, fakta ini tidak boleh dipersoalkan lagi. Lantas bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan mengekalkan psikologi setiap individu di dalam suatu ruangan yang agak kecil?. Di sini evolusi benar-benar bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan membawa gen-gen.

Bagaimana beberapa juta atom, terkunci sebagai mkiroskopik lampau, boleh menguasai dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang berasal dari Kebijaksanaan Maha Agung - hipotesis dari mana lagikah yang mampu membuat ciptaan yang sedemikian rupa?

KEENAM: Melalui ciri-ciri ekonomikal, kita terpaksa mengakui bahawa hanya dengan kebijaksanaan yang tidak terbatas telah melihat dan menyediakan satu sistem pengurusan sumber yang maha bijaksana.

Beberapa tahun lampau satu spesis kaktus telah ditanam di Australia sebagai pagar-pagar penghalang. Oleh kerana tidak mempunyai serangga pemusuh di Australia, pokok-pokok kaktus ini kemudiannya membiak dengan kadar yang amat tinggi sehinggakan tumbuhan ini telah memenuhi kawasan sepanjang dan sebesar England, menghalau inhabitan ke Bandar-bandar dan perkampungan, dan memusnahkan ladang-ladang. Sebagai usaha perlindungan, pakar tumbuhan dan serangga telah menjumpai sejenis serangga yang hanya semata-mata memakan pokok kaktus ini.

Ianya membiak secara bebas dan tidak mempunyai musuh di Australia. Serangga ini kemudiannya menguasai tumbuhan ini dan bahaya kemaraan pohonan kaktus telah berjaya dikawal hanya dengan menggunakan serangga mampu untuk mengawal pohonan kaktus untuk selamanya. Ciri-ciri kawal dan periksa (check and balance) telah lama wujud pada alam maya ini.

Mengapakah tidak ada serangga yang pantas memakan menguasai dunia ini? Ini adalah kerana meraka tidak memempunyai paru-paru seperti yang ada pada manusia, mereka bernafas melalui tiub-tiub pernafasan. Bila serangga bertambah besar, tiub-tiub pernafasan mereka tidak membesar dengan nisbah pembesaran tumbuh mereka.

Oleh kerana itu, tidak pernah ada serangga yang mempunyai tubuh yang besar dimana had-had pembesaran ini telah mengekang mereka semuanya di dalam kawalan. Jika ciri-ciri pengawalan ini tidak tersedia, manusia tidak akan wujud, bayangkan kita bertemu dengan serangga yang sebesar singa!

KETUJUH: Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling unik.

Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran. Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia: sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohanian.

Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan tuhan adalah segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan tuhan dan ciptaanNya.

Subhanallah....

Solat dan Penemuan Sains


Sebagai umat Islam, kita diwajibkan untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.Tetapi kenapa? Dalam surah Al-Mukminun ayat 1-2 dan 9, Allah SWT manjelaskan, "Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. (iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka....Dan mereka yang memelihara solat mereka" Ayat-ayat ini menjelaskan bahawa untuk berjaya umat Islam tidak boleh mengabaikan solat sama sekali terutamanya solat-solat fardhu. Solat merupakan satu ibadah yang amat penting sehinggakan ketika sedang berperang sekalipun ia tidak boleh ditinggalkan. Solat juga merupakan tiang agama.

Nabi pernah bersabda "Solat itu tiang agama,sesiapa yang meninggalkannya ibarat dia meruntuhkan agama" Solat dan Penemuan Sains Kajian-kajian sains menunjukkan meditasi mendatangkan banyak kebaikan kepada manusia. Mereka yang bermeditasi menggunakan oksigen 17% lebih rendah daripada biasa. Di samping itu, jantung mereka berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya. Gelombang theta ialah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada di saat yang amat menenangkan terutamanya ketika hampir terlena. Meditasi mampu meredakan stress dan menjadikan seseorang lebih tenang dan ceria. Tambahan pula, mereka yang bermeditasi didapati lebih bertenaga dan kurang mengalami sakit jantung serta masalah pada sistem penghadaman.

Solat yang dilakukan secara khusyuk boleh diibaratkan sebagai meditasi yang melebihi meditasi biasa. Maksudnya, dalam solat yang dilakukan secara khusyuk, memang terdapat unsur-unsur meditasi, tetapi ia berbeza dengan meditasi yang biasa kerana solat yang dilakukan oleh umat Islam ialah satu ibadah. Kalimah-kalimah dalam solat adalah pilihan Allah SWT dan Rasul, bukannya pilihan manusia biasa, dan ketenangan yang diperolehi adalah ketenangan kurniaan Allah SWT. Lebih daripada itu, mereka yang bersolat akan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Solat dan Yoga,ada orang yang mengatakan solat ialah yoga. Sebenarnya solat bukanlah senaman ataupun yoga. Bagi orang Islam, solat lebih agung daripada sebarang senaman termasuk yoga. Solat ialah zikir yang paling mulia. Berhubung dengan yoga, yoga mempunyai kedudukan serta gerak badan tertentu yang dikenali sebagai asanas. Ketika mengamalkan yoga, seseorang akan duduk pada kedudukan tertentu dengan melafazkan kalimat-kalimatmantra yang tertentu di samping bernafas secara teratur. Salah satu kedudukan yoga atau asanas yang terpenting ialah Sirshasana (headstand). Ia dikenali juga sebagai King of Yoga.

Di kedudukan ini, seorang pengamal yoga akan meletakkan kepalanya ke bumi dan diperingkat kemuncaknya akan meluruskan badan agar kakinya berada di atas. Sayangnya kedudukan sebegini tidak dapat dilakukan oleh semua orang. Jika dilihat secara menyeluruh, memang terdapat beberapa unsur yoga di dalam solat. Solat merupakan ibadah yang merangkumi "jasad, roh dan akal". Ia mempunyai kedudukan serta gerak hati yang sentiasa ikhlas kepada Allah dan ini dikaitkan dengan rukun qalbi. Ia juga mempunyai kalimat-kalimat tertentu yang perlu dilafazkan dan ini dikaitkan dengan rukun qauli serta zikir.

Salah satu kedudukan yang terpenting dalam solat ialah sujud. Di kedudukan ini seseorang akan meletakkan kepalanya di bumi dan di kedudukan ini, darah dari jantungnya akan turun ke otak dengan mudah sekali. Berbeza denagn sirshasana, sujud dapat dilakukan oleh hampir semua orang. Namun solat ialah lebih daripada yoga kerana ia ialah ibadah yang berdasarkan wahyu. Ia adalah aktiviti penyembahan kepada Yang Maha Pencipta yang memerlukan disiplin kerana ia terikat dengan waktu. Seseorang yang hendak bersolat mestilah menyucikan jiwanya terlebih dahulu. Tekanan jiwa atau stress sering melanda manusia dan solat mempunyai penawar yang mampu meredakannya. Hal ini disebabkan solat mengandungi zikir dan zikir jika diamalkan dengan khusyuk mampu mendamaikan hati.

Keteguhan Sumayyah


SUMAYYAH BINTI KHAYYAT adalah hamba daripada kaum makhzum. Dia dikahwinkan dengan Yassir oleh majikannya. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki. Pada peringkat awal penyebaran Islam di Mekah, Sumayyah dan suaminya Yasir sudah tua. Kedua-dua anak teruna semakin dewasa. Anak lelaki sumayyah iaitu Ammar sedang meneliti aliran agama islam yang mulah tersebar di bandar mekah secara rahsia. Ammar mendapat tahu agama islam dibawa dan diseru orang seorang lelaki yang bernama Muhammad bin Abdullah. Ammar menyiasat dan menjejaki pengikut-pengikut muhammad dengan berhati-hati, bimbang diketahui oleh orang-orang quraisy yang menjadi musuh utama muhammad. Akhirnya, Ammar tiba di rumah yang menjadi tempat berkumpul muhammad dan orang-orang yang beriman.

Apabila tiba di kawasan rumah itu Ammar terserempak dengan orang yang asing di mekah. Orang itu adalah suhaib yang baru tiba dari negeri rom. Mereka berdua terus berjumpa dengan nabi muhammad dan mendengar dengan lebih dekat ajaran islam daripadanya. Kedua-dua pemuda itu beriman dengan nabi muhammad dan menjadi orang islam. Tanpa berlengah lagi, ammar terus kembali kerumahnya. Sebaik sahaja tiba di rumahnya, dia pun menceritakan pengalaman barunya kepada kedua ibu bapanya dan menerangkan maksud islam. Ammar menyampaikan seruan yang di bawa oleh nabi muhammad bin Abdullah kepada orang-orang di mekah. Seterusnya, ammar mengajak kedua ibu bapanya memeluk islam.

Sumayyah dan suaminya, Yasir bersetuju memeluk islam. Sumayyah adalah orang ke-7 beriman dengan Nabi Muhammad dan memeluk agama islam pada usia yang tua. Apabila majikan dan kaum Makhzum mengetahui Sumayyah dan ahli keluarganya mengikut agama islam yang di seru Nabi Muhammad, mereka marah dan menganggap seluruh keluarga Sumayyah sebagai orang gila. Apatah lagi Sumayyah dan ahli keluarganya berani menonjolkan diri sebagai orang islam. Mereka tidak merahsiakan keimanan kepada seruan yang di bawa oleh Nabi Muhammad. Majikannya dan kaum Makhzum menganggap ahli keluarga Sumayyah sebagai berani menunjukkan tentangan dan cabaran kepada mereka. Selama ini, mereka melarang dan memberi peringatan bahawa sesiapa sahaja yang menerima ajaran Nabi Muhammad akan menerima balasan.


Penyeksaan

Keluarga sumayyah menerima siksaan yang berat. Mereka sekeluarga di bawa dan diheret keluar dari bandar mekah. Selepas diheret di tengah gurun yang panas, mereka di ikat pada batu ataupun kayu. Mereka ditinggalkan di bawah panas matahari dengan harapan mereka dan pedih dengan seksaan di lakukan keatas mereka. Sumayyah, wanita yang sudah tua juga menerima seksaan seperti orang lelaki. Bagi wanita tua, sudah tentu tubuhnya tidak kuat untuk menerima seksaan yang berat. Namun, iman Sumayyah tetap utuh. Dia bersabar atas segala ujian yang diterima. Dia memperhtahankan imannya walaupun diseksa dengan teruk sekali. Sumayyah yang sabar dan teguh iman menyebabkan orang-orang quraisy rasa tercabar dan malu kerana menyeksa wanita itu. Sumayyah dianggap pejuang wanita Islam yang beriman dan ini menambahkan kemarahan orang-orang quraisy di mekah.

Pada suatu hari, Abu Jahal datang berjumpa Sumayyah dengan tujuan memujuk meninggalkan agama yang dicintainya. Tetapi Sumayyah tidak mudah dipujuk dan jawapan yang diberikan kepada Abu Jahal membuatkan Abu Jahal malu dan merasa egonya dicabar. Abu Jahal hilang pertimbangan, lalu mencabut pedangnya dan menikam Sumayyah. Tikaman itu menyebabkan Sumayyah mati dalam keadaan beriman kepada Allah dan Nabi Muhammad. Sumayyah adalah antara orang pertama yang mati syahid bagi menegakkan agama islam. Nabi muhammad yang mendengar kematian Sumayyah berkata kepada Yasir, “Bersabarlah, wahai keluarga Yasir! Sesunguhnya kamu akan dimasukkan kedalam syurga!”

Apabila Kemungkaran Dilihat Sebagai Kemuliaan

Salam ukhwah, salam perjuangan, salam dakwah kepada pembela-pembela dakwah Islam, kepada pejuang-pejuang yang ditekan tetapi tetap mempertahankan Islam, kepada mereka yang ingin berfikir dengan jauhnya tentang hala tuju ummat.

Hari ini, ketika ini dan saat ini, ketika kemungkaran dan maksiat menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat dan ummat yang kita sayang, DIMANAKAH KITA? Dimanakah kita yang mengatakan bahawa kita meletakkan Al Quran dan Sunnah sebagai perlembagaan, Rasulullah sebagai model ikutan, Allah sebagai tujuan dan Jihad fi sabilillah sebagai penamat kehidupan?

Amat jelik sekali pada masa ini, ketika ummat yang lantang berkata kononnya kita menegakkan negara Islam di kalangan pemimpin-pemimpin kita, mereka yang dengan lantang mengatakan kita ikut langkah Islam dalam negara ini turut sama leka dalam jalan taghut, malah amat menyedihkan lagi bila mana maksiat itu dilihat sebagai perkara biasa.

Saudaraku, syaitan akan mengindahkan pandangan manusia di atas maksiat yang kita lakukan. Perhubungan tanpa batasan atas nama cinta sejati antara dua insan dipandang indah oleh masyarakat, dipandang cantik oleh sahabat handai malah dipopularkan oleh ramai di kalangan kita dan bahkan dipandang mulia. TETAPI, perhubungan untuk membina baitul muslim secara baik dan suci tanpa ikatan dan perhubungan yang keji dipandang kolot dan ketinggalan zaman bahkan tidak lagi sesuai dengan zaman ini.

Para pemuda-pemudi dan pejuang yang membawakan dakwah Islamiyah, yang ingin meletakkan kefahaman yang betul kepada ummat dipandang sebagai orang penyibuk bahkan mungkin sekali akan dilabelkan sebagai terroris. Para pendokong yang ingin membawa semula ummat Islam kepada Islam dipandang sebagai lebai-lebai yang kuno, kolot dan ketinggalan zaman. Bahkan senang sekali dikatakan : “aku enjoy...enjoy gak, ibadat...ibadat jugak”. Jadi adakah kehidupan kita ini membedakan dengan kehidupan Islam? Bukankah sebagai muslim, kehidupan kita adalah Islam dan Islam itu adalah kehidupan. Bahkan untuk enjoy pun bukankah lebih cantik sekali kalau ianya selari dengan jalan Islam. Tiada pergaulan tanpa batasan, tiada unsur lucah. Bahkan dakwah juga dapat disampaikan melalui hiburan.

Hal ini bukanlah sesuatu yang mustahil, tidak semestinya lagu nasyid sahaja perlu ada unsur dakwah. Bukankah lebih cantik kalau lagu rock juga ada unsur dakwah. Tidakkah lebih jelik apabila ketika ada segolongan pihak yang ingin membuat tugas menyedarkan ummat tentang hakikat Islam ini dihalang dengan kuatnya. Tetapi mereka yang ingin melakukan konsert , pesta , keraian yang bukan-bukan dibenarkan dengan suka hatinya? Dimanakah kononnya Islam yang dilaung-laungkan??? ADAKAH ISLAM ITU TERTEGAK DENGAN KATA-KATA??? ADAKAH ISLAM ITU TERTEGAK DENGAN CERAMAH DAN JUALAN AIR LIUR SAHAJA???

Saudaraku, Islam itu adalah kehidupan kita, saat kita mengucapkan kalimah shahadah, kita telah berikrar dan mengikat perjanjian untuk menerima Islam sepenuhnya. Tiada istilah “part time Muslim”. Hari ini aku ikut jalan kafir, esok aku ikut jalan Islam. Tiada istilah pengasingan Islam daripada kehidupan. Tiada pengasingan Islam itu daripada pemerintahan kerana Islam ini lengkap. Bermula daripada aspek kehidupan seharian, pemerintahan malahan kematian. Ketika kita bershahadah, kita telah berikrar pada aqidah kita bahawa kita sanggup mengikut Islam. Tetapi adakah shahadah itu sekadar hanya kata-kata kosong???