Aktiviti Surau Taman gadong Jaya


Bagi menyempurnakan tanggungjawab kita pada masyarakat kita,maka beberapa usaha telah diambil oleh AJK surau Al Mustaqim TGJ dan para da'i bagi menyampaikan seruan agama kepada seluruh masyarakat setempat,memandangkan kita umat akhir zaman ini hampir2 dilalaikan oleh kecintaan dunia yang sementara. Atas maksud agamalah maka beberapa usaha telah dibuat bagi memastikan seruan dakwah terus sampai hingga akhir zaman. Usaha yang sedikit ini perlu diteruskan bagi mendapatkan hidayah Allah,mudahan dengan usaha yang istiqamah para da'i kita maka Allah menyempurnakan iman kita semua insyaalah.
Dibawah ini disediakan beberapa jadual2 activity surau Al Mustaqim:

Kuliah Mingguan.

1) Isnin malam selasa - halakah Al-Quran (tajwid) pimpinan ustaz Fadli bin Daim

2) Selasa malam rabu - ghast 1(ziarah) Tmn Gadong Jaya, semua jemaah ambil bahagian

3) Rabu malam khamis - musyuarat markaz rahang

4) Khamis malam jumaat - bacaan yasin dipimpin oleh ustaz Haji Jefridin bin Pilus/Ust Shuhaibuddin
- musyuarat halaqah Labu-Nilai.

5) Jumaat malam sabtu - kitab mustika hadis pimpinan ust.Haji Jefridin bin Pilus.

6) Sabtu malam ahad - kuliah fekah(kesalahan2 dalam solat) pimpinan ust.Haji Jefridin bin Pilus.

Ahad petang - ghast 2 (Kg Sendayan,kg Gadong,Gadong SC, Tmn Eka matahari & Jimah lama)

Setiap hari usaha 2jam setengah khususi kearah 24jam.

Activity & Kuliah Bulanan.

1) Kuliah bulanan Muntakab Al-hadith - pimpinan ustz.Haji Hambali
(Tarikh kuliah boleh berhubung pengerusi Surau Al Mustaqim TGJ atau Karkun tempatan)

2) Keluar 3 hari dijalan Allah, Halakah Labu-Nilai.


*Bagi sesiapa yang ingin mempelajari Tajwid Al-Quran secara khusus bolehlah menghubungi ust.Fadli bin Daim.

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Saudara Md Nor Bin Padil pengerusi SAMTGJ di talian:- 0133696028 atau datang terus ke surau Al Mustaqim TGJ.

Jadi dengan ini kami berbesar hati mengajak saudara semua agar kita dapat memakmurkan rumah Allah dan memantapkan iman/amal kita bagi menghadapi kehidupan yang bakal dilalui nanti iaitu kehidupan akhirat yang berkekalan tiada penghujungnya. Mudahan Allah memberkati setiap apa yang kita lakukan(berdasarkan sunnah nabi S.A.W). InsyaAllah.
Diharap usaha yang sedikit ini Allah memberkati segala apa yang diusahakan.

Jazakumulahukhairan.......

Wallahua'lam









Comments

Unknown said…
Jadual kuliah maghrib 4/4/13 UST hambali'5/4/13 UST muzammil,6,13,27/4/13 kulian subuh Dr jefridin piles Dan kuliah mahghrib UST subliki,8,15,22,29/4/13 Dr jefridin pilus
Unknown said…
IMAN. AMAL. TAQWA. Pada 23 hingga 24 Mac 13. Program segari jiwa suburi minda sempena cuti sekolah telah diadakan
Unknown said…
Majlis ilmu sepanjang bulb April 13 berjalan seperti biassa kecuali guru / penceramahad urusan.mari kita sama me surau all mustaqim tmn gadongjaya...

Popular Posts